MATLAMAT TAHUN 2016-AHK


................SASARAN ................

Lengkapkan :

-Syiling malaysia

-Syiling Malaya and British Borneo QE2 (1953-1963)

-Note RM1 siri 12

-Note RM1, RM5, RM10 first and last prefix and replacement.

-3++ negara untuk syiling luar negara


Friday, November 1, 2013

Syiling Pertama Dibeli


Sebenarnya aku dapat idea nak menulis tentang entry ni bila tema group Coin Collector jumaat hari ni ialah '' Item pertama yang dibeli sejak menumis''. Menumis tu maksudnya bukan memasak kat dapur tu, Menumis ni maksudnya terlibat dan bergiat aktif dalam hobi numismatik ni.
Okay, tengok balik gambar kat atas tu. Syiling China atau korea atau Hong Kong aku tak pasti la. Tapi aku beli syiling ni kat pasar malam. Harga dalam 3 atau 4 ringgit la.aku pun dah tak ingat. Lagi pun dah lama dah beli. Waktu sekolah dulu lagi. Tapi waktu tu tak la aktif sangat macam sekarang yang dah tahap 'gila' ni. Kawan-kawan aku la kata.hu3.
Item ni masih 'sihat' lagi dalam simpanan aku. Satu lagi Item pertama juga, aku beli secara online. Duit syiling asing campur-campur 15 keping. Awalnya memang takut la juga nak beli secara online ni. Biasala kan dalam dunia siber ni, apa-apa pun boleh berlaku. Tapi bila aku dah buat 'research' sikit tentang seller tuh, aku pun yakin la nak beli secara online. Dan seller tu memang trusted. Nasihat aku pada yang ak membeli item secara online ni, jangan terlalu teruja membeli  item yang  pada harga yang terlalu murah dan agak tidak munasabah. Selidik dahulu latar belakang seller dan rajinkanlah diri membaca komen-komen dan post di facebook tyang berkaitan dengan seller tersebut. Kadang-kadang ada seller yang menipu disebutkan nama mereka sebagai peringatan kepada buyer lain supaya tidak tertipu. 


2 comments:

Unknown said...

Salam...
Wah, nampaknya bertambah lagi pemburu syiling-syiling istimewa. Saya pun dah terjebak dengan dunia numismatik ni. Setakat ini masih mendapatkan syiling-syiling error dan key dates dengan cari sendiri. Ada jugalah terjumpa pelbagai jenis error termasuk double die. Happy Numismatik!

aku dan tawarikh said...

wasalam...makin ramai pemburu syiling, makin meriah la dunia numismatik malaysia.huhuhu.. sy pun cari sendiri juga syiling2 keydate dan semi- keydate.kecuali yang memng dahbtakda dalam edaran atau sukar nak dapat. happy numismatik!