MATLAMAT TAHUN 2016-AHK


................SASARAN ................

Lengkapkan :

-Syiling malaysia

-Syiling Malaya and British Borneo QE2 (1953-1963)

-Note RM1 siri 12

-Note RM1, RM5, RM10 first and last prefix and replacement.

-3++ negara untuk syiling luar negara


Tuesday, February 2, 2021

Siapa sangka siapa duga

Rancak seperi kebiasaanya perbualan kami. Pelbagai cerita dikongsi. Gurau senda disana sini. Itu, kebahagiaan aku. Mungkin juga kebahagiaan dia.

Entah bagaimana, perkongsian aku berkaitan status privasi whatsapp menjadi satu turning point kepada semua kebahagiaan tadi. Keriangan mula bertukar suram. Dengan alasan mengantuk, talian diputuskan. Aku faham. Esok hari kerja. Dan kebiasaannya begitu. Tidur awal demi mendapatkan rehat yang secukupnya.

Keesokannya aku menghantar beberapa keping gambar makanan melalui whatsapp, kebetulan hari itu, aku rajin memasak. 

Single tick.

Aku positif, mungkin saja data internetnya habis. Mungkin juga baterinya habis. mungkin juga capaian internetnya tidak memuaskan.

1 februari, badan aku mula menunjukkan tanda. Badan terasa lemah. Selera makan mula berkurang. Dan hari ini, isnin aku berpuasa sunat. Mungkin saja lemah badan itu disebabkan puasa. Aku berfikiran positif. Aku semak chat, masih lagi single tick.

Untuk berbuka puasa, aku beli nasi kukus ayam godam. Hanya mampu beberapa suap sahaja. Selebihnya terasa tawar dan hambar. Deria rasa semakin menjauh. Aku tahu, ini petanda tubuh aku tak sihat. Selepas makan dan solat, aku belek  telefon lagi. Aku buka instagram, tahu apa yang aku jumpa? Akaun aku diblock. Aku buka facebook, sama juga. Di block. Maknanya dia sedang marah pada aku. Dan cuba menjauh diri. Aku bingung. Ini pertama kali. rupa rupanya anggapan positif aku sia sia saja . Disebabkab kesakitan yang aku alami, masaahnya itu aku kesampingkan dahulu. buat pertama kalinya aku tidur sekitar jam 8 malam.

Bukanlah satu tidur yang lena dan menyenangkan, sebaliknya menangung sakit bahu, sendi dan sakit kepala yang bukan kepalang. 

Keesokknya paginya sewaktu subuh, keadaan makin sama. Malah bertambah teruk. Sakit bahu semakin terasa. Sengal dan lenguh. Segalanya serba tak kena. Hingga perihal si dia tidak sempat aku peulikan. Berulang juga ke tandas cirit birit. Pelbagai perkara negatif bermain difikiran.

Akibat tak tertahan lagi, aku gagahkan juga untuk ke poliklinik bagi mendapatkan ubat. Ada 4 jenis ubat yang perlu aku ambil. Alhamdulillah, dengan izin Allah, selepas makan ubat, sakit semakin berkurangan. Dan petang itu, aku dapat meneruskan kelas online.

Dan tentang si dia. Aku belum fikirkan lagi. Menyekat segala bentuk komunikasi terhadap aku mungkin juga sebagai cara untuk dia mendapatkan ketenangan. Walaupun sebenarnya tiap penyelesaian kepada sesuatu masalah itu adalah komunikasi. Apatah lagi dalam perhubungan.

Kepada dia, bukan aku tidak peduli. Cuma aku fikir itu ketenangan yang kau cari. Aku biarkan.

Selain sakit aku sendiri, ada perkara lain yang menggusarkan hati aku. Mak aku baru saja bertemu doktor dan disyaki menghidap penyakit berkaitan hati.. kesihatan mak aku makin terjejas. Ini sangat merisaukan aku.  Baru sebulan lebih ayah aku pergi meninggalkan aku disebabkan serangan jantung. Satu kehilangan yang belum dapat aku terima lagi. Dan sekarang aku cuma ada mak aku sahaja.

Memikirkan kesihatan diri aku, kesihatan mak aku, masalah yang sedang aku hadapi, aku jadi sangat buntu. Saat ini aku perlukan kekuatan.  Dan aku juga perlu tentukan prioriti.

Alasan aku menulis disini, andai kata aku tiada, inilah yang hendak aku cakapkan. Ini lah yang hendak aku beritahu.namamu masih lagi di dalam kalimat doaku. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Sunday, January 3, 2016

Bekas DOUBLEMINT & ECLIPSE MINT

Cabang hobi AHK yang lain., Hahaha... Baru mula je ni kumpul bekas nih. Bukan apa, cantik juga bekas ni sebenarnya


Ada banyak lagi yang tak cukup ni. Akan dikumpul sedikit demi sedikit.



Friday, January 1, 2016

SENARAI GROUP JUAL BELI NUMISMATIK DI FACEBOOK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Contoh gambar beserta watermark.


Entri ini AHK buat khas untuk membantu mereka yang sentiasa bertanyakan kepada AHK tempat untuk menjual koleksi duit-duit lama mereka. Disini AHK senaraikan GROUP FACEBOOK yang menjadi medan jualan dan belian item Numismatik di Malaysia. Diharapkan tuan-tuan & puan-puan dapat membaca terlebih dahulu syarat-syarat yang terdapat di setiap group kerana setiap group mempunyai peraturannya tersendiri.

##====>>>> GROUP WAJIB BAGI COLLECTOR<<<<=====

 - Group ini menyenaraikan nama dan maklumat scammer atau penipu yang pernah terlibat dalam penipuan urusan jual beli item numismatic. Segala maklumat seperti, nama penuh, gambar, alamat, nombor akaun bank juga dipaparkan sebagai peringatan kepada pembeli supaya tidak menjadi mangsa penipuan. 

GROUP JUAL BELI

20 - MMDH*

*Group ini diyakini dan disarankan oleh AHK berdasarkan pemerhatian AHK
 P/S:  Apabila hendak mengepost sesuatu item sama ada untuk jualan atau tayangan, sila sertakan bersama watermark atau tanda hak milik item. 
contoh: ambil gambar item besama dengan gambar kad pengebalan / kad numis / lesen memandu. Sila pastikan angka penting 4 digit terakhir no kad pengenalan ditutup bagi mengelakkan disalahguna oleh pihak tertentu.
- Tiada tegahan untuk menyertai mana-mana group. Terpulang pada individu sendiri.


GROUP COLLECTOR LUAR NEGARA

Group ini sesuai untuk kolektor yang mahukan pendapat untuk mengenalpasti dan mendapatkan maklumat berkenaan koleksi mereka. Group ini di sertai oleh kolektor dari pelbagai negara dan sangat sesuai untuk mereka yang mengumpul  mata wang asing pelbagai negara terutamanya syiling.




GROUP UNTUK PEMBELAJARAN
Group ini sangat sesuai dan amat di sarankan kepada mereka yang baru serta berminat untuk menjadi kolektor. Group ini menjadi tempat bertanya, berkongsi pendapat dan berkenalan sesama rakan-rakan numis. Bagi yang berminat dengan coin error anda bolehlah menyertai group yang dinyatakan di bawah. 


P/S: *Tiada sebarang urusan jual beli dibenarkan di group ini.


GROUP AMAL
Group ini bertujuan untuk menjalankan bidaan amal bagi membantu mereka yang dalam kesusahan termasuk rakan-rakan numis. Group ini dikendalikan oleh admin yang berwibawa bagi memastikan niat murni hasil sumbangan rakan-rakan numis melalui bidaan dapat disampaikan secara telus kepada golongan berkenaan.


Di harap perkongsian ini dapat membantu kolektor baru dan bukan kolektor yang masih baru dalam bidang numismatik untuk mendapatkan maklumat. AHK tidak mempunyai kepentingan terhadap mana-mana group kerana niat AHK hanya untuk membantu berdasarkan pertanyaan yang sering di ajukan di page facebook AHK.


SENTIASA BERWASPADA. ELAKKAN DIRI ANDA DARIPADA MENJADI MANGSA PENIPUAN ONLINE.

2016 - AWAN MENDUNG NUMISMATIK

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, masih diberikAN  nikmat untuk menjengah 2016. Selamat datang 2016. 
2016 hadir bersama misi dan visi AHK yang tidak pernah sesekali padam dan luput. Masih banyak misi tahun sebelumnya yang belum dicapai dan akan diusahakan untuk tahun seterusnya.

Untuk tahun 2016 AHK terpaksa mengurangkan bajet dan masa terhadap hobi yang  menjadi keutamaan AHK ini. Hobi bukanlah tekanan. Disebabkan itu AHK tidak mahu membebankan diri dengan tekanan berhobi.

Oleh itu, dengan berat hati dan penuh keterpaksaan AHK akan mengurangkan segala aktiviti numis untuk memberikan fokus kepada sesuatu yang lebih utama.

Antara fokus utama adalah untuk memiliki sebuah basikal dan melakukan kayuhan jarak jauh. Impian yang telah lama terpendam tetapi tidak pernah terkubur.

Cemburu menjadi faktor utama. Cemburu melihat rakan-rakan melakukan kayuhan jarak jauh yang diimpikan oleh AHK. Oleh sebab itu, sejak awal tahun 2015 AHK telah memulakan tabungan khas untuk memiliki sebuah basikal. Target untuk mencapai impian ini adalah pada tahun 2016.

Namun begitu, tidak bermakna AHK melupakan terus aktiviti menumis, cuma dikurangkan sahaja. Target mengumpul syiling mengikut negara masih menjadi keutamaan. Dan akan diusahakan secara perlahan-lahan.

Mungkin juga akan ada koleksi tersayang yang terpaksa dilepaskan nanti demi memenuhi impian AHK. Facebook AHK juga akan kurang berfungsi selepas ini. Tetapi jika mempunyai urusan mendesak masih boleh menghubungi AHK melalui facebook kerana tetap dibuka juga sekali sekala.

Rasanya itu sahaja yang hendak diceritakan. 2016 mungkin menjadi tahun suram dalam hobi numismatik AHK.

Friday, October 16, 2015

10 SEN 2011- SIRI 3 (EDARAN)

Pertama kali AHK jumpa syiling Malaysia siri 3 tahun 2011 dalam edaran. Perasan teruja sememangnya sukar dibendung. Kenapa?? Sebab syiling siri tiga hanya diedarkan kepada umum bermula pada tahun 2012. Dan untuk tahun  2011 ini hanya terdapat dalam bentuk coincard sahaja yang terhad keluarannya. 

Menjadi perdebatan di kalangan kolektor apabila ditemui syiling siri 3 ini dalam edaran. Pelbagai teori muncul. Ada yang mengatakan ianya adalah lebihan daripada coincard yang diedarkan ke dalam edaran. Ada juga yang mengatakan ianya berasal dari coincard yang telah dibuka oleh tangan tangan gatal. Teori -teori ini muncul bersandarkan bukti-bukti tertentu.

Antara buktinya adalah perbezaan yang terdapat pada bahagian sisi syiling dan beberapa ciri lain. AHK tidak dapat menyertakan gambar-gambar tersebut kerana ianya bukan hak milik AHK. 

Walau apa pun teori nya, memeprolehi syiling siri 3 dalam edaran adalah satu kepuasan. AHK baru saja menjumpai deominasi 10 sen dan masih berusaha untuk mencari denominasi 5 sen, 20 sen dan 50 sen.


Kalau dah rezeki. Error Struck Through Foreign Object (STFO) pada bahagian edge / sisi syiling.



STFO pada bahagian sisi syiling. Sekali pandang seperti kesan calar tetapi apabila diperhatikan dengan teliti ianya bukan kesan calar yang terjadi selepas keluar daripada kilang.