MATLAMAT TAHUN 2016-AHK


................SASARAN ................

Lengkapkan :

-Syiling malaysia

-Syiling Malaya and British Borneo QE2 (1953-1963)

-Note RM1 siri 12

-Note RM1, RM5, RM10 first and last prefix and replacement.

-3++ negara untuk syiling luar negara


Tuesday, February 2, 2021

Siapa sangka siapa duga

Rancak seperi kebiasaanya perbualan kami. Pelbagai cerita dikongsi. Gurau senda disana sini. Itu, kebahagiaan aku. Mungkin juga kebahagiaan dia.

Entah bagaimana, perkongsian aku berkaitan status privasi whatsapp menjadi satu turning point kepada semua kebahagiaan tadi. Keriangan mula bertukar suram. Dengan alasan mengantuk, talian diputuskan. Aku faham. Esok hari kerja. Dan kebiasaannya begitu. Tidur awal demi mendapatkan rehat yang secukupnya.

Keesokannya aku menghantar beberapa keping gambar makanan melalui whatsapp, kebetulan hari itu, aku rajin memasak. 

Single tick.

Aku positif, mungkin saja data internetnya habis. Mungkin juga baterinya habis. mungkin juga capaian internetnya tidak memuaskan.

1 februari, badan aku mula menunjukkan tanda. Badan terasa lemah. Selera makan mula berkurang. Dan hari ini, isnin aku berpuasa sunat. Mungkin saja lemah badan itu disebabkan puasa. Aku berfikiran positif. Aku semak chat, masih lagi single tick.

Untuk berbuka puasa, aku beli nasi kukus ayam godam. Hanya mampu beberapa suap sahaja. Selebihnya terasa tawar dan hambar. Deria rasa semakin menjauh. Aku tahu, ini petanda tubuh aku tak sihat. Selepas makan dan solat, aku belek  telefon lagi. Aku buka instagram, tahu apa yang aku jumpa? Akaun aku diblock. Aku buka facebook, sama juga. Di block. Maknanya dia sedang marah pada aku. Dan cuba menjauh diri. Aku bingung. Ini pertama kali. rupa rupanya anggapan positif aku sia sia saja . Disebabkab kesakitan yang aku alami, masaahnya itu aku kesampingkan dahulu. buat pertama kalinya aku tidur sekitar jam 8 malam.

Bukanlah satu tidur yang lena dan menyenangkan, sebaliknya menangung sakit bahu, sendi dan sakit kepala yang bukan kepalang. 

Keesokknya paginya sewaktu subuh, keadaan makin sama. Malah bertambah teruk. Sakit bahu semakin terasa. Sengal dan lenguh. Segalanya serba tak kena. Hingga perihal si dia tidak sempat aku peulikan. Berulang juga ke tandas cirit birit. Pelbagai perkara negatif bermain difikiran.

Akibat tak tertahan lagi, aku gagahkan juga untuk ke poliklinik bagi mendapatkan ubat. Ada 4 jenis ubat yang perlu aku ambil. Alhamdulillah, dengan izin Allah, selepas makan ubat, sakit semakin berkurangan. Dan petang itu, aku dapat meneruskan kelas online.

Dan tentang si dia. Aku belum fikirkan lagi. Menyekat segala bentuk komunikasi terhadap aku mungkin juga sebagai cara untuk dia mendapatkan ketenangan. Walaupun sebenarnya tiap penyelesaian kepada sesuatu masalah itu adalah komunikasi. Apatah lagi dalam perhubungan.

Kepada dia, bukan aku tidak peduli. Cuma aku fikir itu ketenangan yang kau cari. Aku biarkan.

Selain sakit aku sendiri, ada perkara lain yang menggusarkan hati aku. Mak aku baru saja bertemu doktor dan disyaki menghidap penyakit berkaitan hati.. kesihatan mak aku makin terjejas. Ini sangat merisaukan aku.  Baru sebulan lebih ayah aku pergi meninggalkan aku disebabkan serangan jantung. Satu kehilangan yang belum dapat aku terima lagi. Dan sekarang aku cuma ada mak aku sahaja.

Memikirkan kesihatan diri aku, kesihatan mak aku, masalah yang sedang aku hadapi, aku jadi sangat buntu. Saat ini aku perlukan kekuatan.  Dan aku juga perlu tentukan prioriti.

Alasan aku menulis disini, andai kata aku tiada, inilah yang hendak aku cakapkan. Ini lah yang hendak aku beritahu.namamu masih lagi di dalam kalimat doaku. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

No comments: