MATLAMAT TAHUN 2016-AHK


................SASARAN ................

Lengkapkan :

-Syiling malaysia

-Syiling Malaya and British Borneo QE2 (1953-1963)

-Note RM1 siri 12

-Note RM1, RM5, RM10 first and last prefix and replacement.

-3++ negara untuk syiling luar negara


Thursday, September 17, 2015

MISI AHK 2015 : 100 BUAH NEGARA


ASSALAMUALAIKUM

Negara-negara yang telah ada dalam koleksi AHK.

Untuk mengembara ke serata negara, benua dan wilayah agak mustahil untuk dicapai. Bukan menidakkan impian dan harapan, tetapi AHK perlu berpijak dibumi yang nyata dan realistik. Harapan dan impian AHK suatu hari nanti adalah untuk travel ke negara-negara luar terutamanya benua Eropah. Rugilah seumur hidup andai kita tidak memanfaatkan nikmat kesihatan yang dianugerahkan. 

Menjadi impian sekian lama AHK untuk menumpul mata wang dari pelbagai negara. Keunikkan corak pada mata wang negara-negara serata dunia begitu menarik minat AHK. Setiap satunya membawa pelbagai makna, menjadi lambang identiti sebuah negara, sebuah bangsa, dan masyarakat.

Pelbagai motif dapat dilihat pada syiling pelbagai negara yang menjadi kegilaan kepada AHK. Motif yang paling popular adalah seperti tumbuhan, haiwan, alatan kebudayaan dan tradisi yang mewakili masyarakat sesebuah negara serta potret tokoh dan negarawan. Melalui matawang ini kita dapat melihat, mengetahui, menghayati, menambah pengetahuan tentang keunikkan yang terdapat pada sesebuah negara. Anggaplah ia sebagai sebuah pengembara melalui mata wang. Ibarat sebuah buku yang menjadi kapal kepada sebuah pelayaran yang jauh.

Misi AHK untuk melengkapkan koleksi syiling daripada serata dunia meliputi wilayah, kawasan jajahan dan sebagainya. Ia merupakan satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Sehingga ke hari artikel ini ditulis, misi AHK bagi tahun 2015 semakin mencapai sasaran. Jumlah terkini negara ialah 90+. Hanya beberapa keping sahaja lagi diperlukan untuk mencapai sasaran 100 buah negara. 

Melalui hobi yang dianggap unik ini AHK  dapat meningkatkan kefahaman tentang sesuatu bahasa. Misalnya negara-negara bekas gabungan Soviet Union menggunakan  bahasa dan aksara mereka sendiri yang ternyata berbeza seperti yang AHK pelajari. Angka juga berbeza bagi sesetengah negara seperti Thailand, India, Rusia, Arab, China dan banyak lagi. Secara tidak langsung AHK dapat mempelajari angka-angka yang pelbagai ini. Setakat hari ini AHK sudah berjaya mengenali dan menulis angka 1 -10 dalam aksara Thailand. Dan AHK akan mempelajari lagi daru semasa ke semasa berkaitan abjad negara-negara luar.

Sesuatu yang menduka citakan sesetengah pengumpul atau ahli numismatik di Malaysia ialah kurangnya atau begitu sedikit jumlah pengumpul syiling dan wang kertas luar negara yang tegar berbanding dengan pengumpul matawang Malaysia. Keadaan ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh nilai pasaran mata wang luar negara yang tidak mempunyai harga tinggi dipasaran serta kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan untuk mengaut keuntungan pada masa akan datang. Walaupun begitu, AHK akan terus mengumpul kerana kekuatan AHK dalam hobi ini adalah meinat yang menjadi tunjang semangat AHK. Tanpa minat walau dalam apa perkara dilakukan pasti menemui kesukaran dan kegagalan. Nasihat daripada AHK, utamakan minat daripada RM jika mehu menjadi pengumpul. Ada bezanya antara pengumpul dan penjual serta pelabur. 

Doakan semoga AHK berjaya mencapai impian AHK dalam berhobi.Dan berjaya juga membuka sebuah galeri peribadi. Terima kasih kepada ahli keluarga AHK, rakan-rakan dan semua yang menyumbang item, memberikan semangat dan dorongan kepada AHK dalam meneruskan hobi yang pelik ini. 

P/S: Kalau ada pengumpul duit luar negara diluar sana yang terjumpa dan terbaca artikel nih, bolehlah add
 facebook AHK : AKUHOBI&KOLEKSI
 dan like page AHK: PENGUMPUL DUIT LAMA DAN BARU
**AHK masih baru dalam bidang nih.hehehe

2 comments:

Unknown said...

asslmmualaikm saudara nazrie abdul karim, saya jai berasal dri sandakan sabah, ingin brkngsi pnglman, sbb sya ada bnyk duit lma yg saudara minat..tolong whtsapp atau call saya(0128018439)

V I Jay Nair said...

Good morning , selamat pagi . Saya vijay Dari canada . Dari rumah ke Canadian Mint hanya 30 min drive . Kalau berminat mana-mana produk msg me .