MATLAMAT TAHUN 2016-AHK


................SASARAN ................

Lengkapkan :

-Syiling malaysia

-Syiling Malaya and British Borneo QE2 (1953-1963)

-Note RM1 siri 12

-Note RM1, RM5, RM10 first and last prefix and replacement.

-3++ negara untuk syiling luar negara


Tuesday, October 13, 2015

PERANCANGAN AKU HOBI & KOLEKSI : MOTIF FLORA

Assalamualaikum...
Sekadar gambar hiasan


Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog picisan yang berharapan menggunung ini . Kesibukkan terhadap pelajaran membataskan sedikit ruang dan masa AHK untuk mengemaskini blog AKUHOBI&KOLEKSI ini. Namun begitu, AHK masih berkesempatan curi curi masa untuk menjenguk page dan akaun facebook yang dikendalikan oleh AHK. Sekadar melihat lihat kalau kalau ada perkara yang penting dan memerlukan tindakan segera dari AHK. Biasanya hal ini melibatkan urusan jual beli.

Segala detail telah diberikan kepada pembeli, jika ada sebarang masalah mereka pasti  tahu bagaimana untuk menghubungi AHK. Maklumlah scammer yang dahagakan duit haram semakin bercambah. Bahagianya hidup mereka dengan menipu duit orang. Tak paham betul.

Hobi ni dah macam jiwa AHK. Walaupun sesibuk mana pun pasti nak ambil tahu juga. Padahal hobi ni bukanlah tekanan melainkan sekadar mengisi kelapangan masa yang ada.

Apabila semester baru bermula, AHK memang sukar mendapatkan  stock syiling untuk di scan. Masa lebih banyak di gunakan untuk melihat-lihat dan mencari maklumat di internet.

Entri ni sebenarnya untuk menceritakan perancangan terbaru AHK. Tujuan ditulis disini supaya AHK lebih ingat dan mudah untuk merujuk. Berkenaan dengan tema sebuah group di facebook iaitu Flora pada syiling seluruh dunia. Terlintas di benak AHK jikalau AHK dapat melakukan satu kajian ringkas dengan mengumpulkan semua syiling edaran dari serata negara yang bertemakan flora. Syiling tersebut mestilah syiling edaran dan jangka masa mungkin bermula sekitar abad ke-20 iaitu tahun 1900 sehingga abad ke 21 iaitu sekitar tahun 2015. Ini hanya lah perancangan yang timbul dalam benak AHK.

Mungkin juga unsur fauna dapat dilakukan juga. Misalnya seperti negara-negara yang mempunyai motif ikan pada syiling edaran mereka. Rasanya banyak negara yang mempunyai motif ikan pada syiling edaran mereka.

Sekurang-kurangnya hobi AHK mengumpul duit-duit luar negara selain daripada mengikut jenis dapat dipelbagaikan. Rasanya ini akan lebih menarik. Buat masa ini AHK akan berusaha menguimpulkan data terlebih dahulu. Dan yang menjadi tumpuan AHK adalah motif FLORA pada syiling edaran.

Sebagai permulaan AHK akan mengumpulkan data negara-negara yang mempunyai motif flora pada syiling edaran mereka. Data ini nanti merangkumi jenis tumbuhan, jenis bunga, asal usul dan peranan atau kepentingan bunga tersebut terhadap negara tersebut. Misalnya Malaysia menggunakan bunga Raya sebagai motif pada syiling edaran Malaysia  yang mana bunga Raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Begitu juga seperti di Indonesia iaitu bunga Melati dan Singapura dengan motif bunga Orkid.

Tujuannya adalah supaya kita dapat mengetahui serta memahami kepentingan bunga-bunga atau tumbuhan ini terhadap sesebuah negara tersebut. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang jenis-jenis tumbuhan terutamanya bunga serta peranan dan kepentingannya kepada negara tersebut.


Untuk fasa pertama ini, perkara-perkara yang akan diketengahkan ialah:

  • Negara
  • Jenis Tumbuhan
  • Jenis Bunga
  • Peranan dan kepentingan
  • Nama Saintifik
  • Tempoh masa 1900-2015
  • Negara-negara Asia
Ini hanyalah minat dan impian AHK segalanya hanya impian dan bergantung kepada kesungguhan AHK untuk merealisasikannya. Sokongan daripada mereka yang mengenali amat diharapkan. Terlinta sjuga untuk mengadakan kerjasama dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama iaitu mereka yang mengumpul syiling luar negara. Tetapi setelah dipertimbangkan beberapa kemungkinan maka AHK membatatalkan hasrat tersebut.

Semoga yang diimpikan ini menjadi nyata.

P/S: Rajinkanlah diri untuk membaca. Tiada sekelumit kerugian pun jika membaca. Bahan semuanya dihujung jari. Cuma rajin dengan malas yang membezakan. Kepada yang jumpa blog ini, terima kasih diucapkan kerana sudi menyinggah walau seketika.

No comments: