MATLAMAT TAHUN 2016-AHK


................SASARAN ................

Lengkapkan :

-Syiling malaysia

-Syiling Malaya and British Borneo QE2 (1953-1963)

-Note RM1 siri 12

-Note RM1, RM5, RM10 first and last prefix and replacement.

-3++ negara untuk syiling luar negara


Saturday, September 12, 2015

5 SEN 1976 - DOUBLE DIE REVERSE (DDR)


DDR 5 SEN 1976
Alhamdulillah, setelah sekian lama sabar mencari akhirnya DDR 5 SEN 1976 berjaya ditemui dan hadir dalam koleksi AHK. DDR 5 SEN 1976  merupakan antara variety DDR yang agak sukar untuk ditemui tetapi tidak mustahil. Kesabaran amat diperlukan oleh kolektor yang berhasrat untuk  memiliki syiling ini dalam koleksi mereka.

Untuk mengenal pasti DDR pada syiling ini, anda boleh lihat pada bahagian perkataan ''MALAYSIA'', angka '5' dan juga pada tahun ''1976'' pada permukaan syiling. Gambaran lebih jelas sila lihat pada gambar yang telah dibesarkan di bawah.

Gandaan jelas kelihatan pada angka '1976' seperti yang ditunjukkan anak panah merah


Gandaan yang terdapat pada perkataan ''MALAYSIA'' dan juga angka ''5''.


Kesan gandaan akan lebih jelas kelihatan apabila kondisi syiling dalam keadaan baik. Semoga AHK dapat menemukan lagi DDR 1976. Pencarian masih diteruskan untuk lain-lain DDR lagi...
Kepuasan mencari sukar digambarkan berbanding kepuasan membeli.


No comments: