MATLAMAT TAHUN 2016-AHK


................SASARAN ................

Lengkapkan :

-Syiling malaysia

-Syiling Malaya and British Borneo QE2 (1953-1963)

-Note RM1 siri 12

-Note RM1, RM5, RM10 first and last prefix and replacement.

-3++ negara untuk syiling luar negara


Friday, October 16, 2015

20 SEN 1982 - EXTRA DOT+ MDD


Mulanya AHK sekadar mahu menyimpan kerana ianya syiling siri pertama dan kondisi yang agak baik. Tetapi apabila diteliti ternyata terdapat 1 dot pada bahagian hadapan syiling. Dot kecil yang cantik. Kemudiaannya AHK melihat pula di bahagian belakang permukaan syiling dan kelihatan seolah-olah ada kesan gandaan. Dan apabila dilihat dengan kanta pembesar memang benar terdapat gandaan iaitu Mechanical Die Doubling  (MDD).



Dot yang jelas kelihatan seperti ditunjukkan dengan anak panah.

Kesan gandaan padan perkataan SEN

Gandaan pada angka 1982

Terdapat juga gandaan pada corak bunga.
Setakat hari ini AHK melabelnya sebagai MDD sehinggalah disahkan oleh otai-otai syiling error sama ada MDD atau DD.

Walau bagaimanapun syiling ini sangat menarik dan telah disimpan erat di dalam koleksi AHK. 

Jangan tanya harga kerana AHK mengumpul berdasarkan minat. Syilling error tidak mempunya harga yang tetap dan bergantung kepada tawaran dari pembeli. Dan AHK lebih gemar mencari sendiri item ini dalam edaran berbanding dengan membelinya. Hasil mencari sendiri lebih memberi kepuasan apabila 'bermain' dengan error.

No comments: